Sunday, December 25, 2011

Hasil Rundingan CUEPACS dan JPA

25 Disember 2011


CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SELESAI



Berita HarianOleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/12/24

Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul

KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.  

Ringkasnya :
1-Cuepacs tak puas hati JPA tak runding dgn cuepacs - JPA buat rundingan dgn Cuepacs walau KPPA tiada (masih bercuti)
2-Cuepacs kata tempoh fikir untuk Sign SBPA terlalu singkat- JPA tangguhkan 15 JAN SBPA , tetap 31 DEC untuk opsyen bersara.
3- Cuepacs kata tak faham tentang kenaikan 7-13 %, JPA kata akan beri keterangan dalam masa terdekat ni.
4- Cuepacs suruh kaji semula 250000 PA gred 17 yg katanya gred mereka ada yg tak berubah, JPA kata akan buat semakan segera.
5- Cuepacs tak puas hati Exit Policy- JPA bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka. wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar ini.
6-CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.







Saturday, December 24, 2011

Pengiraan Pencen SBPA (download Kalkulator)

Saya telah membuat analisis berdasarkan maklumat drp slide taklimat
oleh JPA.


Ada tiga jenis Persaraan yg saya faham 
1-Persaraan paksa (wajib)biasa  (bersara pada tarikh sama dgn pada opsyen)
    2-Persaraan Arahan Kerajaan/ Kementerian (tak pasti atas sbb apa adakah sakit? )
    3-Persaraan pilihan diawalkan (Saya jangka ini yg pilih  untuk  pencen awal contohnya 40
        thn,  tak pasti exit policy termasuk kumpulan ini.)

    Bermula 1 Januari 2012 bg PA yg opsyen berpencen 56/58/60, jika dia
    bersara awal contohnya 40 thn , dia akan tetap mendapat pencen tetapi
    pada umurnya 55thn. Manakala graduiti dan GCR diberikan juga pada
    umur 40thn . dan terma ini untuk semua guru yg posting pada 12 April
    1991 keatas. yg sebelum 12 April 1991 tak pasti.
































Tetapi harus faham jika PA bersara contoh umur 40 tahun tadi, graduiti akan dikira berdasarkan gaji pada umur 40thn itu. begitu juga pencen berlandaskan gaji ketika 40thn, mungkin bukan separuh kerana belum cukup 25 tahun. (pencen SBPA 25 thn 1/2 gaji. 30 thn  3/5  Gaji, lebih 30 thn tetap 3/5 Gaji)



























Gambar menunjukkan kaedah pengiraan pencen dan Graduiti , bagi kes 
pencen diawalkan atau pencen paksa biasa, abaikan tambah 80 tahun 
diatas. kerana kes diatas adalah kes Arahan Kerajaan/ Kementerian demi
Kepentingan Negara

jadi untuk kes biasa  jika bersara selepas 290 bulan , cara kira adalah


Graduiti (Ganjaran Sekaligus) =7.5% X 290 bulan X Gaji Akhir di B

Pencen  =(290 bulan X Gaji Akhir di B) /600 
(maksima 3/5 gaji akhir di B)

Gantian Cuti Rehat) = (Gaji akhir B/30) X 120 (bil cuti disimpan)
(bil cuti disimpan maksima 150 hari bagi PA, tetapi mungkin kurang bagi guru maybe 120 je).

So kalau malas kira manual download kalkulator di bawah

link kalkulator pengiraan graduiti dan pencen (versi diperbaiki)



Friday, December 23, 2011

Sign SBPA tunda hingga ke 15 Januari 2012

ENGLISH VERSION
Cuepacs, PSD agree to extend deadline
By KOI KYE LEE | 0 comments
PUTRAJAYA: Both Cuepacs and the Public Service Department (PSD) have agreed to extend the deadline for the return of the option forms.

Cuepacs president Datuk Omar Osman said that all issues brought up on the New Remuneration Scheme in the Public Service (SBPA) has been resolved.

"We are happy to announce that all issues brought up by us regarding the scheme have been discussed and resolved during the meeting," he told reporters during a joint press conference with PSD Deputy Director-General (Operations) Datuk Dr Ismail Alias after a five-hour meeting with the department earlier this morning.

Omar said the deadline for the SBPA option has been extended to January 15 whilst the deadline for the extension of retirement age to 60 years old remains the same, which is on December 30.

On Thursday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told the department and Cuepacs to hold a meeting and to determine whether to postpone the implementation of the New Remuneration Scheme in the Public Service (SBPA) or to extend the deadline for the return of the option form.

MALAY VERSION
Cuepacs, JPA bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir
Oleh KOI KYE LEE | 0 comments
PUTRAJAYA: Kedua-dua Cuepacs dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir untuk pengembalian borang opsyen.

Presiden Cuepacs
Datuk Omar Osman berkata bahawa semua isu-isu yang dibawa di Skim Saraan Baru dalam Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diselesaikan.

"Kami gembira untuk mengumumkan bahawa semua isu yang dibawa oleh kami mengenai skim ini telah dibincangkan dan diselesaikan semasa mesyuarat itu," katanya kepada pemberita pada sidang media bersama dengan JPA Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Datuk Dr Ismail Alias ​​selepas lima jam mesyuarat dengan jabatan pada awal pagi ini.

Omar berkata, tarikh akhir untuk pilihan SBPA telah dilanjutkan kepada 15 Januari manakala tarikh akhir untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun masih sama, iaitu pada 30 Disember.

Pada hari Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu jabatan dan Cuepacs untuk mengadakan mesyuarat dan untuk menentukan sama ada untuk menangguhkan pelaksanaan Skim Saraan Baru dalam Perkhidmatan Awam (SBPA) atau untuk melanjutkan tarikh akhir untuk pengembalian borang opsyen .


SUMBER: NST ONLINE

Download Lampiran C SBPA (sifir gaji DG)

Seperti yang telah saya janjikan , Saya telah dapat upload di link berikut:



















http://www.mediafire.com/?9xanwwp66bw7ax3
(buka file dgn Acrobat reader. zoom jika tak jelas, juga boleh print)

Di dalamnya adalah Pdf file yang di scan drp salinan kerani . Kesimpulannya betul seperti yg saya buat, tetapi T maksima yang tiada junior bergaji sama dengannnya akan ke JAN bukan KEKAL.

Saya juga telah update semua panduan pemindahan saya yang lepas.




Thursday, December 22, 2011

Maklumat Terkini

Salam Semua,  saya mendapat maklumat untuk sifir gaji baru nanti bagi T gaji maksima jika hanya ada 1 orang bertukar ke 1 tangga sahaja , maka TPG baru nya bukan KEKAL tetapi JAN. 

Insya Allah saya akan update lagi fakta ini esok.  22/12/2011.



PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA

 from : http://cuepacs.blogspot.com/

 22 Disember 2011


SBPA: NAJIB ARAH JPA, CUEPACS BERUNDING



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.

Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok.

CUEPACS: PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
NONEUtusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

JPA, CUEPACS ADAKAN RUNDINGAN MENGENAI SBPA JUMAAT

Bernama
22/12/2011

Pengumuman Penting (Important)

Salam to all viewer,
Thanx coz mengunjungi blog saya, Saya baru saje balik dari Kampung, tiada internet kat kampung, so tak check blog . Banyak juga comments/ soalan awaiting moderation. Sorry coz terpaksa menunggu insya Allah saya akan menjawab yang termampu, Saya hanya guru ICT biasa , bukan orang penting , atau berjawatan tinggi. Apa yang saya kongsikan diblog ini hanyalah berdasarkan maklumat asal dari slide powerpoint JPA yang telah saya analisis. 4 point penting yang saya ingin tekankan disini:

1- Bagi hal kenaikan pangkat, banyak lagi yang tidak jelas tapi yang pasti gaji baru selepas naik pangkat bergantung tarikh kenaikan pangkat itu bermula. 
2-Pada JANUARI 2012 nanti mungkin kita belum dapat menikmati gaji SBPA baru kerana bergantung juga kerani yang buat gaji, or hal2 lain berkaitan. Tetapi pastinya akan dapat tunggakan kemudian.  
3-Berkenaan TPG baru (Bracketing System) , sebenarnya juga hanyalah hasil analisis saya daripada slide JPA, yang mana didalamnya ada diberikan TPG baru tetapi untuk sebahagaian bukan penuh.
4-Sekiranya ada perubahan terbaru yang dibuat berkenaan perubahan Gaji dan sebagainya adalah diluar pengetahuan saya. Tetapi setakat ini berpandukan slide drp taklimat JPA itu, begitulah kiraannya.
Terima kasih  semua, maaf jika ada kesilapan dan betulkanlah saya.

Download slide JPA bagi yang belum ada. Kaji-kajilah.


Link 1

alternatif

Tuesday, December 20, 2011

Pemindahan SSM ke SBPA untuk DGA 29/32 (corrected)

Jadual Pemindahan SSM ke SBPA untuk DGA 29/32 baru siap saya upload seperti berikut.


Sila Klik Untuk Besarkan










SSM SBPA KGT T1 T2 T3
DGA29 DG2-1 RM145/150 RM1,560.00 RM1,705.00 RM1,850.00
DGA32 DG2-2 RM155.00 RM2,710.00 RM2,865.00 RM3,020.00
DGA34 DG2-3 RM165.00 RM3,060.00 RM3,225.00 RM3,390.00
DGA38 DG2-5 RM195.00 RM3,200.00 RM3,395.00 RM3,590.00


T4 T5 T6 T7 T8
RM1,995.00 RM2,140.00 RM2,285.00 RM2,430.00 RM2,575.00
RM3,175.00 RM3,330.00 RM3,485.00 RM3,640.00 RM3,795.00
RM3,555.00 RM3,720.00 RM3,885.00 RM4,050.00 RM4,215.00







RM3,785.00 RM3,980.00 RM4,175.00 RM4,370.00 RM4,565.00


T9 T10 T11 T12 T13
RM2,720.00 RM2,865.00 RM3,010.00 RM3,155.00 RM3,300.00
RM3,950.00 RM4,105.00 RM4,260.00 RM4,415.00 RM4,570.00
RM4,380.00 RM4,545.00 RM4,710.00 RM4,875.00 RM5,040.00







RM4,760.00 RM4,955.00 RM5,150.00 RM5,345.00 RM5,540.00


T14 T15 T16 T17 T18
RM3,445.00 RM3,590.00 RM3,735.00 RM3,885.00 RM4,035.00







RM4,725.00 RM4,880.00


RM5,205.00 RM5,370.00


RM5,735.00 RM5,930.00




T19 T20
RM4,185.00 RM4,335.00




Saturday, December 17, 2011

Original Hp Bags Promotion

Original HP bag for 15" laptop or other purposes. Inspired by Targus.




















Usual Price RM49
Promotion RM20

Friday, December 16, 2011

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM (CUEPACS) 18 Disember



Media Cuepacs
16/12/2011



PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM ANJURAN CUEPACS

TAJUK : BANTAHAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

TARIKH: 18 .12. 2011 (AHAD)
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN CIDB, JALAN CHAN SOW LIN, CHERAS,
KUALA LUMPUR


SEMUA PENJAWAT AWAM DIJEMPUT HADIR

sumber: http://cuepacs.blogspot.com/ 

Ada ke yang berani pergi??
Saya tak kot?
Saya pun secara jujurnya x setuju SBPA totally kerana
1- exit policy bawah 70% prestasi
2- perubahan gred ke gaji hampir, sepatutnya tangga sama.
3- Memang beza kenaikan gaji agak besar berbanding kakitang non siswazah/ SPM.


Tetapi saya tidak akan pergi ke perhimpunan tersebut kerana beberapa reason
 1- Agak risau memandangkan anak saya yang kecil2 lima orang ni , jika saya masuk penjara or etc.. risau nasib anak2.
2- Semasa tahun 2007 PA siswazah naik sikit berbanding non siswazah  35%. paling x puas hati Guru DGA32 boleh potong DG41 terutama yang sambung belajar. SBPA menggalakkan semua PA sambung pengajian. Kenapakah ketika itu tidak pula cuepacs membela nasib kami.
3- Sewaktu awal Disember , Presiden Cuepacs sendiri memuji-muji SBPA malah warning kepada PA supaya tingkatkan hasil kerja, siap suruh PA sain 60 dan kata rugi x ambil 60. Presiden mmg ada kata kurang bersetuju dgn exit policy tp tidak menentang sehingga ke tahap ini.

Fikir-fikirlah sendiri.



PANDUAN MUDAH PEMINDAHAN GRED FT17 SSM KE FT 4-1 SBPA ( Juruteknik Komputer)




Sila Klik Untuk Besarkan















Sifir Gaji baru SBPA bagi FT17 (FT 4-1)





















Berdasarkan jadual di atas kita ambil contoh berikut:

Kes 1. Juruteknik komputer FT17 T3 akan bertukar FT4-1 T2 RM1075
            dan TPG baru pada April. Maka pada 1 April 2012 dia akan 
            mula menikmati anjakan lagi ke FT4-1 T3 RM1170
Kes 2. Juruteknik komputer FT17 T2 akan bertukar FT4-1 T1 RM980
            dan TPG baru pada Jan. Maka pada 1 Jan 2012 dia akan
            mula menikmati anjakan lagi ke FT4-1 T2 RM1075









Cuepacs minta PA jangan Tandatangan dulu.. APA KOMEN ANDA?

CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.

Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

Wednesday, December 14, 2011

PANDUAN MUDAH PEMINDAHAN GRED DG44 SSM KE SBPA (Corrected)





          ( P2T1 dan P2T2 telah dibaiki )





Berdasarkan jadual di atas kita ambil contoh berikut:

Kes 1. Guru DG44 P1T9 akan bertukar Gred DG1-2T7 RM4485 dan 
           TPG baru pada KEKAL. Jika TPG lama Januari dia akan
           mula menikmati anjakan ke DG1-2T8  RM4735 pada 1/1/2012

Kes 2. Guru DG44 P2T6 akan bertukar Gred DG1-2T7 RM4485 dan 
          TPG baru pada April. Maka pada 1 April 2012 dia akan mula 
           menikmati anjakan ke DG1-2T8 RM4735

PANDUAN MUDAH PEMINDAHAN GRED DG41 SSM KE SBPA (Corrected)

Setelah mengkaji tentang Bracketing , saya mendapat kefahaman baru berkenaan TPG. Hasil analisis saya seperti dalam jadual perpindahan gred dibawah.





Klik Untuk Besarkan















Berdasarkan jadual di atas kita ambil contoh berikut:

Kes 1. Guru DG41 P1T8 akan bertukar Gred DG1-1T4 RM2600 dan 
           TPG baru pada April. Maka pada 1 April 2012 dia akan mula 
            menikmati anjakan ke DG1-1T5 RM2825.

Kes 2. Guru DG41 P1T3 akan bertukar Gred DG1-1T2 RM2150 dan 
          TPG baru pada Julai. Maka pada 1 Julai 2012 dia akan mula 
           menikmati anjakan ke DG1-1T3 RM2375 

Kes 3. Guru DG41 P2T15 akan bertukar Gred DG1-1T7 RM3275 dan
          TPG baru pada Jan. Maka pada 1 Jan 2012 dia akan mula 
           menikmati anjakan ke DG1-1T8 RM3500

Harap keterangan ini dapat membantu kemusykilan yang ada.
Tolong maklum/ komen jika ada yang silap pada jadual analisis saya ini. 

"Sharing Is Caring"

Tuesday, December 13, 2011

MAKLUMAT PENTING SBPA (DOWNLOAD LINK)

Berikut adalah link bagi fail pdf berkenaan SBPA yang diperolehi daripada Jabatan Pelajaran Perak


Dasar-dasar dan Opsyen SBPA
link1

















Maklumat ringkas Persaraan & Faedah Persaraan serta Graduiti (Ganjaran)
link2

















Struktur Perkhidmatan
link3





Perlaksanaan SBPA (Ringkas 21 slide)
link4




Sunday, December 11, 2011

PRINSIP NAIK GRED SBPA

BAGI GURU DG41 -- DG 1-1 --DG 1-2  DAN SETERUSNYA

















Contoh Guru DG41P2T11 akan untung besar jika pergerakan januari
Gaji DG41P2T11 RM2736.67 naik 1 tangga gred sama T12 RM2831.29
teus ke SBPA hampir DG1-1 T6 RM3050, kemudian 1 Januari 2012
anjakan 1 tangga SBPA jadi  DG1-1 T7 RM3275
dan naik lagi jika time base 8 thn so jadi 
anjakan 1 tangga lagi ke DG1-1 T8 RM 3500 akhir sekali baru ke DG 1-2.
DG1-2 T4 RM3735
TOTAL KENAIKAN 2011 KE 2012 = RM3735-RM2736.67=RM998.33

SERONOKNYA CIKGU TU YA.

GURU P1T13 JUGA AKAN SAMA GAJI DGN P2T11 INI JIKA NAIK DG1-2 PADA JANUARI 2012

 MAKLUMAT TERKINI BERKENAAN BRACKETING

Update untuk kiraan diatas . Pergerakan baru TPG bagi P2T11 adalah pada Julai dan P1T13 pada April. Ini berdasarkan kefahaman saya berkenaan bracketing.


Lampiran C SBPA

Saje je post topik ni...

Yang full belum ada lagi  sebenarnya. Tapi akan saya letak link nye bila dah ada nanti insyaAllah.
Walaubagaimanapun boleh DOWNLOAD slide penuh powerpoint berkenaan
pelaksanaan SBPA. Mengandungi tangga gaji DG, J, dan beberapa lagi gred.


Link 1
http://www.mediafire.com/?hs5c2eeddi66sui

alternatif
http://www.mediafire.com/?ym3936uo2v48uhk