Friday, December 16, 2011

Cuepacs minta PA jangan Tandatangan dulu.. APA KOMEN ANDA?

CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.

Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

4 comments:

  1. susah nak faham Presiden Cuepacs ni.. hari tu masa roadshow Cuepacs, dia yg sokong kuat exit policy & bg. peluang persaraan awal tapi sekarang lain cerita pulak.. hakikatnya sbpa memang lebih baik drp. ssm cuma ada skim tertentu yg tak puas hati pasal kenaikan gaji.. termasuk yg senior tak puas hati gaji sama dengan junior pada tahun yg sama yg hanya dibezakan bbrp bulan.. itu rezeki masing2 la..

    ReplyDelete
  2. saya pun tidak totally setuju dgn SBPA tetapi betul Presiden Cuepacs mmg ckp tak serupa bikin.

    Waktu tahun 2007 nasib guru Siswazah tidak pula dibela. hingga DGA 32 potong DG41 exppld.

    ReplyDelete
  3. tukar skim... naik lah 2 3 4 ratus... ada yg naik 5 6 ratus... rezeki masing2... junior senior bagi saya tiada hal pasal seniority masih ada dan peluang naik pangkat bagi yg betul2 komitmen... sokong sbpa... kalau ada kelemahan... kita baiki lah... bantah2... bantah nie nak tunjuk power apa?.. isu nak bantah pun takde org detail kan... so perlukah saya jadi pakturut...

    wassalam

    ReplyDelete
  4. cakap presiden tak boleh dengar sangat.sain saja, kalau betul kerja dengan ikhlas apa nak ditakutkan dengan exit policy kecuali yg kaki ponteng, pemalas dan kaki bodek aja yg takut.

    ReplyDelete