Friday, December 16, 2011

PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM (CUEPACS) 18 Disember



Media Cuepacs
16/12/2011



PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM ANJURAN CUEPACS

TAJUK : BANTAHAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA)

TARIKH: 18 .12. 2011 (AHAD)
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN CIDB, JALAN CHAN SOW LIN, CHERAS,
KUALA LUMPUR


SEMUA PENJAWAT AWAM DIJEMPUT HADIR

sumber: http://cuepacs.blogspot.com/ 

Ada ke yang berani pergi??
Saya tak kot?
Saya pun secara jujurnya x setuju SBPA totally kerana
1- exit policy bawah 70% prestasi
2- perubahan gred ke gaji hampir, sepatutnya tangga sama.
3- Memang beza kenaikan gaji agak besar berbanding kakitang non siswazah/ SPM.


Tetapi saya tidak akan pergi ke perhimpunan tersebut kerana beberapa reason
 1- Agak risau memandangkan anak saya yang kecil2 lima orang ni , jika saya masuk penjara or etc.. risau nasib anak2.
2- Semasa tahun 2007 PA siswazah naik sikit berbanding non siswazah  35%. paling x puas hati Guru DGA32 boleh potong DG41 terutama yang sambung belajar. SBPA menggalakkan semua PA sambung pengajian. Kenapakah ketika itu tidak pula cuepacs membela nasib kami.
3- Sewaktu awal Disember , Presiden Cuepacs sendiri memuji-muji SBPA malah warning kepada PA supaya tingkatkan hasil kerja, siap suruh PA sain 60 dan kata rugi x ambil 60. Presiden mmg ada kata kurang bersetuju dgn exit policy tp tidak menentang sehingga ke tahap ini.

Fikir-fikirlah sendiri.



9 comments:

  1. pegi makan rumah kenduri lg. bestt..

    ReplyDelete
  2. Hari Ahad mesti byk jemputan kenduri kahwin ye..

    ReplyDelete
  3. Kita bimbang ada yang menangguk di air keruh secara percuma dan tanpa susah payah untuk meranapkan kestabilan negara dab kerajaan sedia ada. Banyak pintu-pintu kebijaksanaan yang boleh diketuk dan dimasuki secara berhemah..

    ReplyDelete
  4. kalau sbpa bagus, saya sign, anak2 saya kecil 8 org, sape nak tanggung kalau saya pilih ssm, cuepacs nak tanggung ke mkn minum saya setiap bulan? suami 4 thn lagi nak pencen. kalau kerajaan kata sbpa bagus saya sign. nak prestasi 80% ke atas kerja berkualitilah, kalau melawan memang dapat bwh 70%. saya tak ckap org lain, ingatan utk saya sendiri.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggu dan lihat hasil perhimpunan, harap juga ada penambahbaikan dlm SBPA. Harap juga tidak berlaku apa2 musibah/kemalangan bagi yang hadir. Harap perhimpunan berlangsung aman.

    ReplyDelete
  6. masih ada masa selepas perhimpunan tersebut untuk fikir sign SBPA atau kekal SSM. Tunggu dan lihat outcome perhimpunan tersebut. Tapi buat masa ini 90% decison saya lebih kepada sign SBPA.

    ReplyDelete
  7. Salam, saya harap PA terutama klgn guru jgn terperangkap isu SBPA.. Ingat balik kenaikan gaji 2007 apabila guru DG 32 mendpt kenaikan tahunan tertinggi berbanding DG 41.. mana pendirian Cuepacs? Cuepacs hanya mementingkan staf sokongan.. isu yg dimainkan pun lebih kpd ketidakpuasan hati gaji pegawai atasan yg besar.. exit policy.. penerangan SBPA tak jelas.. kenapa sekrg membantah tidak dulu?
    Sila bandingkan kelebihan SBPA & SSM.. barulah kita tau mana yg lebih baik!!

    ReplyDelete
  8. sbpa lagi bagus, guru dg29 8 tahun kerja ikut ssm gaji lebih kurang rm1800, jadual gaji sbpa untuk 8 tahun kerja lebih kurang rm2500. saya tak nak ssm, kerja sama penat dgn guru lain gaji kecil. saya pilih sbpa. sape tak nak sbpa pilihlah ssm. nak gaji lebih belajar lagi ambil ijazah. wpun saya ada anak 8 org, saya study lagi ambil ijazah. woo... sape nak tanggung anak yg kecil kalau gaji kecil. fikir masak2, sbpa bagus bukannya utk kita, duit utk anak2 masuk kolej nanti. masa depan anak2 lagi penting, dunia dan utk akhirat, sekarang pun belajar mengaji kena bayaran.

    ReplyDelete