from : http://cuepacs.blogspot.com/
22 Disember 2011
SBPA: NAJIB ARAH JPA, CUEPACS BERUNDING
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengarahkan CUEPACS dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) segera mengadakan rundingan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini.
Presiden CUECPACS, Datuk Omar Osman, berkata berikutan itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA bagi membincangkan perkara itu di sini, esok.
CUEPACS: PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA
Presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
Utusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.
Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

Sama2 lah kita tunggu hasil rundingan tersebut besok. Jumaat 23/12/2011. Moga lebih banyak perubahan positif yang muncul. Janganlah berlaku sebaliknya.
ReplyDelete