Sunday, December 25, 2011

Hasil Rundingan CUEPACS dan JPA

25 Disember 2011


CUEPACS LEGA 5 ISU BERBANGKIT SELESAI



Berita HarianOleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/12/24

Pertemuan dengan JPA jelas kekeliruan timbul

KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.
Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan.
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya.  

Ringkasnya :
1-Cuepacs tak puas hati JPA tak runding dgn cuepacs - JPA buat rundingan dgn Cuepacs walau KPPA tiada (masih bercuti)
2-Cuepacs kata tempoh fikir untuk Sign SBPA terlalu singkat- JPA tangguhkan 15 JAN SBPA , tetap 31 DEC untuk opsyen bersara.
3- Cuepacs kata tak faham tentang kenaikan 7-13 %, JPA kata akan beri keterangan dalam masa terdekat ni.
4- Cuepacs suruh kaji semula 250000 PA gred 17 yg katanya gred mereka ada yg tak berubah, JPA kata akan buat semakan segera.
5- Cuepacs tak puas hati Exit Policy- JPA bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka. wakil CUEPACS dibenarkan menjadi pemerhati dalam panel pelaksanaan dasar ini.
6-CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.







3 comments:

  1. Macam takde perubahan sangat, exit policy tetap bawah 70%, kalau bawah 50%/ 60%.. barulah nampak ada perubahan baik.

    Kenapa gred 17 saja yg disemak semula, mcm ada personal interest.

    Masa Himpunan PA baru2 ni ramai juga PA Siswazah yg pergi, tak nampak langsung ada penambah baikan/ pembelaan bagi golongan ini.

    Isu Gaji Premier yg naik lebih 50% tak pula dibangkitkan.

    So kesimpulannnya... tin kosong...

    Apa pun x boleh...

    ReplyDelete
  2. semua gred 17 semak balik...harap2 cuepacs dan JPA jangan lupa FT pula..kami bhg kejuruteraan mcm skim J kelulusan Sijil Politeknik Malaysia.

    ReplyDelete
  3. ya betul semakla untuk FT17 yg ada poli, dll. Setakat ni yg saya tahu akan dapat faedah perubahan gred ini J17 dan W17 dan beberapa lagi.
    Presiden Cuepacs J17....

    saya bukanlah Anti Cuepacs, tapi saya nampak cara cuepacs membela ini agak berat sebelah. sepatutnya bela jugalah kes senior turun T. contoh DG41 T14 turun T6 dll kes lagi.

    ReplyDelete